Mentua Nubhan Mengamuk!

Bertegas Tak Akan Diam Bila Maruah Keluarga Dicalar

Mentua Nubhan Mengamuk!

Mentua Nubhan Mengamuk!

Dituduh menuntut wang RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan, ibu mentua kepada penyanyi popular Nubhan, iaitu Zailah Zainudin tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut. Zailah, 62, yang juga bekas pensyarah, menyifatkan tuduhan itu sebagai satu penghinaan terhadap dirinya dan keluarga yang kini sedang melalui ujian getir dalam kehidupan.

Mentua Nubhan Mengamuk!

Menurutnya, dia sudah melantik firma guaman Tetuan Aizat Izuan Shakeel bagi meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah yang tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita serta tuduhan tidak benar disebarkan secara terbuka. Sebagai seorang ibu, saya sangat sedih apabila nama saya dan keluarga diaibkan dengan pelbagai tafsiran yang hanya mengundang salah faham,” ujarnya.

Zailah menegaskan, dia tidak pernah mencari perhatian atau mahu mencetuskan konflik dengan sesiapa, sebaliknya hanya inginkan ketenangan buat anak-anak dan cucu-cucunya yang turut terkesan dengan situasi ini. Katanya, tindakan undang-undang yang bakal diambil bukan semata-mata untuk mempertahankan diri, tetapi bagi menghentikan perbuatan melampau pihak yang sengaja mahu menjatuhkan maruah keluarganya.

Mentua Nubhan Mengamuk!

“Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami diperlekehkan. Kepada pihak yang terus menyebarkan fitnah, hentikanlah segera sebelum tindakan diambil. Jangan menambah luka dengan andaian dan komen berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan,” katanya tegas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Dalam masa sama, Zailah turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberi semangat serta kata-kata positif buat keluarganya ketika mereka berdepan kemelut rumah tangga anaknya, Dr. Afiyah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Saya percaya kebenaran akhirnya akan terbukti,” ujarnya penuh harapan.

Terdahulu, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa telah menceraikan isterinya selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga. Penyanyi itu juga dilaporkan telah memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, dengan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 2 Disember depan.

Bekas Adik Ipar Gelar Nubhan Dengan Gelaran ‘Lelaki Pondan’! Dedah Sikap Sebenar Penyanyi Ini!

Mentua Nubhan Mengamuk!

Namun, sebelum kes itu sempat dibicarakan, muncul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Fie menuntut RM5 juta sekiranya perceraian berlaku sesuatu yang kini disifatkan oleh Zailah sebagai fitnah paling besar yang mencalar maruah keluarganya.

Mentua Nubhan Mengamuk!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker