Lelaki ditahan cuba seludup empat ungka tangan hitam di KLIA

Lelaki ditahan cuba seludup empat ungka tangan hitam di KLIA

Lelaki ditahan cuba seludup empat ungka tangan hitam di KLIA
Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan di KLIA kelmarin. – Foto ihsan AKPS

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis spesies terancam digagalkan dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan, berkata kejayaan itu hasil kerjasama strategik antara AKPS dan pasukan Aviation Security (AVSEC) KLIA.

Menurutnya, cubaan lelaki itu terbongkar hasil pelaksanaan pemeriksaan bagasi di Zon Pemeriksaan H2R Hammerhead, Terminal 1, KLIA.

“Pemeriksaan membabitkan penerbangan Batik Air ke Mumbai, India yang dijadualkan berlepas pada jam 8.55 malam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas salah satu bagasi penumpang menemui empat haiwan disyaki ungka tangan hitam yang disembunyikan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Tambah kenyataan itu, suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun ditahan di lokasi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Aeropolis untuk tindakan lanjut.

“Haiwan eksotik yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000 itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686],” katanya.

Menurut kenyataan itu, kejayaan berkenaan adalah antara hasil pelaksanaan pemeriksaan bersepadu yang diperketatkan oleh AKPS, AVSEC dan PERHILITAN sejak 1 Jun lalu.

“Pemeriksaan bersepadu ini memberi fokus membanteras penyeludupan spesies terancam khususnya di laluan udara sektor penerbangan berisiko tinggi.

“AKPS, AVSEC dan PERHILITAN Semenanjung Malaysia akan meneruskan komitmen untuk memperkukuh kawalan di pintu masuk KLIA dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan hidupan liar melalui laluan udara,” katanya.

Lelaki ditahan cuba seludup empat ungka tangan hitam di KLIA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker