Walker Peters sah sertai West Ham

Walker Peters sah sertai West Ham

WALKER Peters tertarik dengan falsafah Potter. FOTO Reuters
WALKER Peters tertarik dengan falsafah Potter. FOTO Reuters

London: Pemain pertahanan England, Kyle Walker Peters menandatangani kontrak tiga tahun bersama West Ham United selepas meninggalkan Southampton, menurut pengumuman rasmi kelab Liga Perdana Inggeris itu (EPL), hari ini.

Graduan akademi Tottenham Hotspur itu membuat lebih 200 penampilan bersama Southampton, termasuk 33 aksi EPL musim lalu ketika kelab dari pantai selatan itu mengalami penyingkiran terpantas dalam sejarah saingan berkenaan.

Walker Peters, 28, yang dua kali mewakili England pada 2022, mengakui perpindahan ini sudah lama diidamkan.

“Ia seakan lama dinantikan, saya pernah dikaitkan dengan kelab ini dan saya gembira akhirnya berada di sini,” katanya.

Dia juga tertarik dengan falsafah jurulatih Graham Potter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Saya berbincang dengan Potter dan dia menjadi faktor besar dalam keputusan ini. Saya suka gaya latihannya dan saya rasa ia sesuai dengan saya,” katanya.

West Ham, yang menamatkan musim lalu di tangga ke-14, akan membuka kempen EPL 2025-26 dengan menentang Sunderland pada 16 Ogos depan.

Walker Peters sah sertai West Ham

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker