Adik lelaki maut nahas jalan raya Ogos lalu, bapa dan seorang lagi adik meninggal kelmarin

Adik lelaki maut nahas jalan raya Ogos lalu, bapa dan seorang lagi adik meninggal kelmarin

Adik lelaki maut nahas jalan raya Ogos lalu, bapa dan seorang lagi adik meninggal kelmarin
Keadaan banglo dua tingkat di Sungai Abong Darat, Muar yang terbakar dan mengorbankan bapa bersama anak. – NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: “Ogos lalu kami hilang adik, sedih masih belum terubat dan kelmarin, sekali lagi diuji dengan pemergian dua insan tersayang serentak.”

Itu luahan Muhammad Faliq yang kehilangan ayah, Borhan Paiman, 75, dan adik, Muhammad Naim, 30, selepas banglo dua tingkat didiami mereka di Lorong Sulaiman, Sungai Abong Darat, di sini, terbakar kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 2.35 petang itu, Muhammad Naim ditemukan rentung, manakala Borhan pula meninggal dunia akibat sesak nafas.

Terdahulu pada 12 Ogos lalu, Muhammad Faliq, 35, berkata seorang lagi adik lelakinya, Muhammad Fauzy, 33, maut dalam nahas jalan raya di Melaka.

“Insiden itu belum dapat dilupakan, arwah maut selepas melanggar dahan pokok patah melintangi jalan di Lebuh AMJ, dekat Kandang. Ketika itu, dia bersama arwah Muhammad Naim menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan dari rumah di sini menuju ke Melaka atas urusan kerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat


“Muhammad Fauzy meninggal dunia di lokasi dan Muhammad Naim koma akibat nahas itu. Dua bulan arwah menerima rawatan di Hospital Melaka dan kami bawa dia pulang ke rumah pada 17 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui.

Ketika kejadian rumah mereka terbakar, katanya, arwah bapa sempat menghubunginya memaklumkan perkara itu dan berusaha memadamkan kebakaran, termasuk berulang-alik mengangkut air menggunakan baldi demi memastikan Muhammad Naim yang koma dan ditempatkan dalam bilik khas terselamat.

“Jam 1.45 tengah hari, arwah bapa telefon saya, beritahu adik sudah tiada. Ketika kejadian, saya keluar bekerja di Melaka. Sebelum itu, ayah kelihatan seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang perubahan walaupun usia sudah 75 tahun, kudrat dia masih kuat dan sebab itulah dia boleh berlari mengangkut air.

“Namun, takdir Allah penentu segala-galanya, kami hilang dua insan tersayang dalam sekelip mata. Ayah dilaporkan rebah selepas itu dan mengadu sakit dada. Kami bawa dia ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, namun dia disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap,” katanya.

Menurutnya, kehilangan dua insan tersayang itu hanya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan kakaknya, Nurfasihah, 37, yang dijadualkan berlangsung 27 Disember ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz



“Kami perlu meneruskan majlis ini walaupun tanpa kehadiran ayah dan adik kerana semua persiapan sudah dibuat,” katanya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu melalui unit ambulans HPSF.

Adik lelaki maut nahas jalan raya Ogos lalu, bapa dan seorang lagi adik meninggal kelmarin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker