Pemandu pacuan empat roda maut langgar tiang keselamatan di plaza tol
Pemandu pacuan empat roda maut langgar tiang keselamatan di plaza tol

BENTONG: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang keselamatan di Plaza Tol Bentong, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian di Kilometer (KM) 61.7 lebuh raya itu mengakibatkan mangsa, Mohd Sapri Aziz, 65, yang memandu dari arah Raub menuju ke Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati kenderaan itu yang dipandu dari arah Raub menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu melanggar tiang keselamatan batu nosing di Lorong 02 Plaza Tol Bentong.
“Pelanggaran menyebabkan kenderaan terbalik ke sebelah sisi kanan bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zaiham berkata, isteri mangsa berumur 61 tahun mengalami kecederaan ringan di kepala dan dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Usaha mengesan saksi termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Plaza Tol Bentong sedang dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya.
Justeru beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan, selain menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Pemandu pacuan empat roda maut langgar tiang keselamatan di plaza tol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.