Musiala patah tulang betis, Kompany ‘naik angin’

Musiala patah tulang betis, Kompany 'naik angin'
MUSIALA dijangka berehat panjang. FOTOReuters

Atlanta: Pengurus Bayern Munich, Vincent Kompany, meluahkan rasa marah dan kecewa selepas tonggak muda mereka, Jamal Musiala, mengalami kecederaan ngeri dalam kekalahan 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) di suku akhir Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.

Musiala, 22, terpaksa diusung keluar padang selepas pergelangan kaki kirinya terkehel dan retak dalam pertembungan dengan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma, ketika waktu kecederaan babak pertama.

Insiden berlaku apabila Musiala cuba merebut bola dalam kotak penalti PSG bersama pertahanan William Pacho, sebelum Donnarumma secara tidak sengaja menggolekkan badannya ke atas buku lali Musiala, menyebabkan kaki bintang Jerman itu terpusing pada sudut yang menakutkan.

Pihak Bayern mengesahkan Musiala mengalami patah tulang fibula serta buku lali yang terkehel dan retak.

Pemain tengah menyerang itu telah diterbangkan pulang ke Munich untuk menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan dijangka berehat sekurang-kurangnya lima bulan, menurut laporan Bild.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

“Saya jarang rasa semarah ini ketika rehat separuh masa,” kata Kompany.

“Bukan kerana keputusan perlawanan, tapi kerana ini kehidupan mereka. Jamal hidup untuk bola sepak. Dia baru saja kembali dari kecederaan, dan perkara sebegini berlaku. Kami semua rasa tak berdaya.”

Insiden mengerikan itu menyaksikan pemain kedua-dua pasukan membentuk bulatan perlindungan di sekeliling Musiala, manakala Donnarumma terduduk sambil memegang kepala.

Ketua pasukan Bayern, Manuel Neuer, menyifatkan lompatan Donnarumma sebagai ‘berisiko tinggi’ dan menyarankan penjaga gol Itali itu agar pergi meminta maaf secara peribadi kepada Musiala ketika waktu rehat.

“Saya kata padanya: ‘Itu rakan sepasukan saya. Dia mungkin kena duduk hospital malam ini. Kecederaan dia serius. Saya rasa anda patut pergi sana, tunjuk rasa hormat dan sekurang-kurangnya ucapkan semoga cepat sembuh’,” kata Neuer.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Donnarumma kemudiannya dilihat pergi bertemu Musiala dan selepas perlawanan, menulis di Instagram: “Doa dan ucapan semoga cepat sembuh saya tujukan buat kamu, Jamal.”

Kecederaan itu hadir pada waktu yang tidak kena buat Bayern dan juga skuad kebangsaan Jerman, yang menganggap Musiala sebagai antara pemain generasi baharu paling berharga selepas penampilan cemerlangnya di Euro 2024.

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker