Kontraktor didakwa lepaskan tembakan ke udara
Kontraktor didakwa lepaskan tembakan ke udara

KUALA SELANGOR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Selangor di sini hari ini, atas tuduhan melepaskan tembakan, akhir bulan lalu.
P Sivakumaran, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Tertuduh didakwa melepaskan tembakan ke udara dan bukan di padang tembak.
Kesalahan itu dilakukan di kuil penganut Sri Muniandy Swamy, Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya di sini pada jam 11.30 pagi, 31 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM 2,000 atau kedua-duanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zaki Mohd Zahid yang memohon jaminan RM5,000 bagi pertuduhan dengan mengambil kira kepentingan awam dan liputan kes.
Peguam tertuduh, Ayasamy Velu, bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh mengalami masalah ‘slip disc’ dan asma, selain memberi kerjasama kepada pegawai penyiasat.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Oktober depan.
Kontraktor didakwa lepaskan tembakan ke udara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.