Operasi SAR mangsa dibawa arus di Taman Prima Saujana disambung pagi ini

Operasi SAR mangsa dibawa arus di Taman Prima Saujana disambung pagi ini

Operasi SAR mangsa dibawa arus di Taman Prima Saujana disambung pagi ini
Gambar hiasan

KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas didakwa dibawa arus deras dalam longkang besar di Taman Prima Saujana di sini, semalam, bersambung pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata operasi bersambung pada jam 8 pagi tadi.

“Kawasan pencarian kini memasuki Sungai Langat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati pasukan SAR yang turut membabitkan anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat melakukan pencarian mangsa berusia 14 tahun itu.

Semalam, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana di sini.

Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada jam 7.47 malam tadi di Sungai Merbau di Kampung Sungai Kantan, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.

– BERNAMA

Operasi SAR mangsa dibawa arus di Taman Prima Saujana disambung pagi ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker