Helikopter tersangkut kabel ski
Helikopter tersangkut kabel ski

MOSCOW – Sebuah helikopter tersangkut pada kabel sebuah resort ski di Russia sebelum terhempas di atas salji tebal dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang terbunuh, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.
Rakaman video pada minggu ini menunjukkan helikopter jenis Robinson R44 itu menghampiri kawasan berkabel rendah dan terbang perlahan di resort tersebut, dalam wilayah Perm.
Helikopter itu kemudian tersangkut pada kabel lalu berpusing beberapa saat sebelum terhempas ke atas salji tebal, menyebabkan bahagian ekornya patah.
Mangsa dilaporkan terdiri daripada dua eksekutif syarikat pengangkutan yang sedang melawat pusat rekreasi Ashatly Park.
Beberapa laporan yang belum dapat disahkan menunjukkan penerbangan itu tidak mendapat kelulusan, manakala laporan lain mendakwa bahawa lapisan ais terbentuk pada helikopter tersebut semasa penerbangan. – AGENSI
Helikopter tersangkut kabel ski
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.