Pengarah syarikat perkayuan rugi hampir RM3 juta, terjerat skim pelaburan tak wujud

Pengarah syarikat perkayuan rugi hampir RM3 juta, terjerat skim pelaburan tak wujud

Pengarah syarikat perkayuan rugi hampir RM3 juta, terjerat skim pelaburan tak wujud

KUALA TERENGGANU: Pengarah syarikat perkayuan rugi hampir RM3 juta apabila terjerat dengan tawaran pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa lelaki berusia 66 tahun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu jam 11.06 pagi semalam.

Pengarah syarikat perkayuan berkenaan pada Mei tahun lalu diperkenalkan oleh kenalannya dengan suatu perniagaan secara dalam talian menerusi WhatsApp.

Lelaki itu kemudian mendaftar perniagaan pada pautan yang diberi dan dijanjikan keuntungan 10 hingga 25 peratus daripada modal perniagaan yang dilaburkan.

Dia kemudian ‘melabur’ ke 18 akaun bank berbeza bermula pada 10 Jun hingga 7 November tahun lalu berjumlah RM2,946,799.

“Dia hanya menyedari ditipu dalam perniagaan tidak wujud selepas tidak dapat memindahkan wang dari platform berkenaan ke akaun bank miliknya. Sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan sendiri,” katanya.

Pengarah syarikat perkayuan rugi hampir RM3 juta, terjerat skim pelaburan tak wujud

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker