Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan

KINABATANGAN, 13 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, menegaskan beliau tidak hadir dengan janji kosong, sebaliknya mempertaruhkan seluruh kehidupannya demi berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu.
Menurut Mohd Naim, sepanjang 32 tahun kehidupannya, beliau telah melalui pelbagai pengalaman suka dan duka bersama masyarakat setempat, termasuk dalam bidang pendidikan, politik dan kehidupan sebenar, yang membentuk kefahaman mendalam terhadap keperluan serta denyut nadi rakyat Kinabatangan.
“Segala pengalaman yang saya miliki bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk digunakan sepenuhnya bagi menambah nilai kepada Kinabatangan,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.
Beliau berkata fokus utama perjuangannya adalah untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi, memperbaiki infrastruktur yang telah lama tertangguh serta membuka peluang yang adil kepada rakyat, khususnya golongan muda yang selama ini berasa terpinggir.
Mohd Naim turut menekankan pendekatan politik berasaskan suara rakyat, dengan menyatakan beliau lebih cenderung untuk mendengar keluhan dan pandangan masyarakat berbanding memberi arahan dari atas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
“Saya percaya dasar yang lahir daripada suara rakyat jauh lebih kuat daripada arahan yang turun dari atas,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Sabah tidak seharusnya terus menjadi pemerhati dalam menentukan masa depan negara. Dengan sokongan rakyat, Mohd Naim berhasrat menjadi jambatan yang menyatukan harapan orang kampung, belia, petani, nelayan dan peniaga kecil agar suara Sabah bukan sahaja didengar, malah dihormati dan diperjuangkan di peringkat nasional.
“Saya tidak menjanjikan kesempurnaan, tetapi saya berjanji untuk tidak berpaling dan akan terus setia berkhidmat selagi diberi amanah,” katanya lagi.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Naim ditentang oleh Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di PRK DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam 23 Januari, dengan hari pengundian ditetapkan pada 24 Januari dan pengundian awal 20 Januari. – UMNO Online
Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.