Rangka manusia dalam siling rumah

Rangka manusia dalam siling rumah

Rangka manusia dalam siling rumah
Rangka manusia itu ditemukan di siling sebuah rumah di wilayah Pathum Thani semalam. – Facebook

BANGKOK – Sekumpulan pekerja pembinaan terkejut menemui rangka manusia milik seorang lelaki warga Kemboja yang sebelum ini dilaporkan hilang di dalam siling sebuah rumah dua tingkat di Thailand, lapor portal berita Thaiger.

Penemuan mengejutkan itu dibuat di Lam Luk Ka, wilayah Pathum Thani kelmarin.

Rangka manusia itu tersembunyi di siling bilik di tingkat dua. Polis turut menemui kesan kotor pada dinding dipercayai cecair yang keluar daripada mayat tersebut. Seorang pekerja binaan dikenali sebagai Kanchana, 59, memberitahu polis bahawa dia ditugaskan untuk membaiki lubang pada siling sebelum tengkorak manusia tiba-tiba terjulur keluar.

“Saya dan rakan sekerja terhidu bau busuk yang kuat dan tidak menyenangkan di rumah itu sejak memulakan pengubahsuaian. Namun, kami percaya bau itu berasal dari bangkai biawak tetapi tidak menyangka ia adalah mayat,” kata Kanchana.

Polis berkata, mayat itu terbaring di atas struktur bumbung dan pendawaian elektrik dengan sepasang playar serta beg berisi dokumen peribadi ditemui berhampirannya. .


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


Mayat tersebut dikenal pasti sebagai seorang warga Kemboja, Maikheu Chhean berusia 29 tahun.

“Chhean dipercayai terkena renjatan elektrik selepas memanjat ke ruang siling untuk memotong wayar tersebut. Mayat mangsa dihantar ke Institut Sains Forensik Pusat Thailand untuk siasatan lanjut,” kata polis. – AGENSI

Rangka manusia dalam siling rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker