Lelaki ditahan, beruang matahari ditemui dalam kereta
Lelaki ditahan, beruang matahari ditemui dalam kereta

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas dikesan menyimpan seekor beruang matahari dalam keretanya di Johor Bahru, Johor semalam.
Lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran bertulis untuk memelihara dan menyimpan spesis haiwan yang dilindungi.
Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Yusof, berkata serbuan dilakukan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor di pinggir hutan berhampiran Bandar Seri Alam jam 12.35 tengah hari semalam.
Pemeriksaan pada kereta dipandu suspek berusia 22 tahun itu menemukan seekor beruang matahari yang masih hidup.
“Semakan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran bertulis untuk menyimpan serta memelihara haiwan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Seksyen 60 (1) (a).
Suspek berasal dari Iskandar Puteri itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan lanjut dilakukan oleh PERHILITAN Johor.
Menurut Rosli, operasi bersepadu berkenaan membuktikan komitmen PDRM khususnya Pasukan Simpanan Persekutuan dalam memerangi aktiviti haram yang membabitkan hidupan liar.
Tegasnya, usaha menyelamatkan hidupan liar daripada menjadi mangsa perdagangan haram mesti dilakukan secara berterusan bagi melindungi spesis haiwan yang kian terancam.
Lelaki ditahan, beruang matahari ditemui dalam kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.