2 anggota polis ditahan didakwa minta rasuah RM6,000 ketika pemeriksaan kenderaan

2 anggota polis ditahan didakwa minta rasuah RM6,000 ketika pemeriksaan kenderaan

2 anggota polis ditahan didakwa minta rasuah RM6,000 ketika pemeriksaan kenderaan
Dua anggota polis direman di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan meminta rasuah RM6,000 di sebuah stesen minyak di Seremban. – Foto AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Padah meminta rasuah daripada seorang lelaki ketika pemeriksaan kenderaan, di daerah ini Ahad lalu, dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Suspek dipercayai meminta rasuah kira-kira RM6,000 daripada seorang pemilik syarikat yang ditahan dalam satu pemeriksaan di sebuah stesen minyak.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira antara jam 1 tengah hari hingga jam 3 petang semalam di dua lokasi berbeza sekitar Seremban.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu ketika kedua-duanya menjalankan tugas dengan membuat pemeriksaan kenderaan individu terbabit.

“Ketika pemeriksaan kedua-dua suspek dikatakan mengambil kad pengenalan individu berkenaan dan meminta wang rasuah sekitar RM6,000 jika ingin kad pengenalannya dipulangkan semula,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

2 anggota polis ditahan didakwa minta rasuah RM6,000 ketika pemeriksaan kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker