Dua Perodua Axia bertembung: Bayi 5 bulan pula meninggal dunia

Dua Perodua Axia bertembung: Bayi 5 bulan pula meninggal dunia

Dua Perodua Axia bertembung: Bayi 5 bulan pula meninggal dunia
Laporan BH Online.

KUALA TERENGGANU: Bayi lelaki berusia lima bulan yang parah selepas Perodua Axia dipandu bapanya terbabit kemalangan di Jalan Felda Belara, Kuala Nerus, Jumaat lalu meninggal dunia sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata Muhammad Fath Adrish Dhafin Mohd Firdaus dilapor meninggal dunia sebentar tadi selepas tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan bersama ibu, Siti Nor Ainun Amirah Ameran, 31, dan dua kakak, Putri Freya Ananda Danika, empat tahun dan Putri Fredella Al Frida Diandra, dua tahun menaiki kenderaan dipandu bapanya, Mohd Firdaus Aziz, 36.

Dalam kejadian itu, Putri Fredella Al Frida Diandra, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dari Kemaman, manakala sebuah lagi dipandu lelaki berusia 36 tahun dari Kampung Rahmat Chalok, Setiu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan dipandu lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sendiri dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran antara dua kenderaan terbabit.

Akibat perlanggaran itu, wanita terbabit dilaporkan parah manakala kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala kereta dipandu lelaki kemek di bahagian sisi kiri dan belakang.

Jumaat lalu, media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala tujuh lagi termasuk bayi berusia lima bulan cedera dalam kemalangan membabitkan dua Perodua Axia di Jalan Felda Belara, di sini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Dua Perodua Axia bertembung: Bayi 5 bulan pula meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker