6 pemain sepak takraw wanita Orang Asli wakili Pahang

6 pemain sepak takraw wanita Orang Asli wakili Pahang

6 pemain sepak takraw wanita Orang Asli wakili Pahang
lima wanita orang asli (lima dari kiri) adalah pemain sepak takraw Pahang. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Program pembangunan pemain sepak takraw wanita kali pertama di negara ini dibangunkan Persatuan Sepak Takraw Negeri (PSTNP) sejak dua tahun lalu kini berjaya mengetengahkan enam pemain remaja Orang Asli.

Mereka terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Betau, Lipis yang terpilih mengikuti program pembangunan sukan berkenaan dengan sokongan penuh daripada Majlis Sukan Pahang (MSP) yang menyediakan jurulatih separuh masa bagi melatih.

Presiden PSTNP, Datuk Abu Jimi Samat berkata, program program pembangunan pemain sepak takraw wanita yang diusahakan kini mula membuahkan hasil apabila enam pemain telah terpilih mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan.

Menurutnya, enam pemain berkenaan turut terpilih di bawah program atlet pelapis kebangsaan sepenuh masa (PSM-MARA) yang turut membabitkan 14 pemain lelaki dan wanita. Mereka bermain sambil belajar peringkat diploma di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan dalam jurusan sains sukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Saya difahamkan terdapat enam lagi pemain wanita di bawah program pembangunan sukan sepak takraw di SMK Betau yang akan terpilih mengikuti program pembangunan diperingkat negeri selepas mereka selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selain berjaya dalam sukan kita juga ingin melihat mereka berjaya pendidikan, demi menjamin masa depan yang lebih terjamin,” katanya, di sini hari ini.

6 pemain sepak takraw wanita Orang Asli wakili Pahang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker