Anak isteri terbunuh, suami parah lori terbabas selepas tayar pecah di LPT2

Anak isteri terbunuh, suami parah lori terbabas selepas tayar pecah di LPT2

Anak isteri terbunuh, suami parah lori terbabas selepas tayar pecah di LPT2
Polis trafik membuat siasatan kejadian lori terbabas di KM362.9 LPT2, petang tadi yang mengakibatkan pemandunya parah manakala isteri dan anaknya maut. – Foto NSTP/Ezzuan Ahmad.

DUNGUN: Dua beranak terbunuh manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), di sini, petang tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Isnaini Mohd, 42, dan anaknya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, dari Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu manakala pemandu lori yang juga suami Isnaini, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, parah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizurah Abdul Kadir berkata kejadian di laluan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, kira-kira jam 4 petang ketika lori berkenaan dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu selepas mengambil peralatan pendawaian elektrik di Kuantan.

Katanya, Khairul Syahmi dipercayai gagal mengawal lori tiga tan dipandunya selepas tayar belakang kenderaan itu pecah secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan pulang ke Manir.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan Khairul Syahmi gagal mengawal kenderaan dipandunya susulan tayar belakang lori berkenaan pecah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Kemalangan itu menyebabkan Khairul Syahmi, Isnaini dan Muhammad Al Amin tercampak keluar daripada lori,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu.

Maizura berkata Isnaini dan Muhammad Al Amin yang parah di kepala disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala Khairul Syahmi dihantar ke Hospital Dungun.

“Jenazah Isnaini dan Muhammad Al Amin dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat, manakala Khairul Syahmi yang parah di kepala di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang sama,” katanya.

Maizura berkata kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Anak isteri terbunuh, suami parah lori terbabas selepas tayar pecah di LPT2

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker