Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menzahirkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said atas kejayaan membatalkan tuntutan waris kesultanan Sulu.

Beliau yang juga pengamal undang-undang menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti bahawa Malaysia menegakkan kedaulatan negara, sekaligus menghantar mesej jelas bahawa sebarang tuntutan yang tidak berasas tidak akan diiktiraf dan hak negara tetap terpelihara sepenuhnya.

“Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said atas kejayaan membatalkan tuntutan yang di kemukakan oleh lapan individu yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu.

“Pendekatan strategik, ketegasan, hujah perundangan serta komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh Azalina Othman bersama pasukan guaman negara jelas membuktikan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang percubaan yang boleh menjejaskan intergriti, hak wilayah dan hak negara.

“Kejayaan ini merupakan satu pencapaian besar dalam usaha mempertahankan kedaulatan, maruah serta kedudukan negara di peringkat antarabangsa,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat


Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran berkata, kejayaan ini menegaskan kredibiliti pentadbiran negara, malah turut mengangkat reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara yang berdaulat dan tegas mempertahankan prinsip kebenaran.

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

“Usaha gigih ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi undang undang, pentadbiran negara, malah turut mengangkat reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat yang sentiasa tegas mempertahankan prinsip keadilan serta kebenaran.

“Sesungguhnya pencapaian ini adalah manifestasi kepimpinan yang profesional, berwibawa dan berpandangan jauh,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, semoga kejayaan ini berterusan bagi memastikan negara kekal dilindungi, kukuh dan menjadi inspirasi seluruh rakyat di masa akan datang.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memastikan Malaysia kekal dilindungi daripada tuntutan tidak berasas serta cabaran geopolitik pada masa hadapan,” ujarnya. – UMNO Online

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker