Polis siasat kaitan peguam ditahan kes seludup dadah ke penjara, dengan ejen pemungut hutang kurung 2 lelaki
Polis siasat kaitan peguam ditahan kes seludup dadah ke penjara, dengan ejen pemungut hutang kurung 2 lelaki

KUALA TERENGGANU: Peguam yang ditahan kerana disyaki terbabit kes banduan seludup dadah ke Penjara Marang, di sini turut disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan dua individu termasuk seorang ejen hartanah dikurung pemungut hutang.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, susulan penahanan peguam berusia 32 tahun itu.
“Kita masih melakukan siasatan lanjut bagi melihat sejauh mana penglibatan peguam itu dalam kes melibatkan mangsa dan pemungut hutang terbabit,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya pada 8 Disember lalu kira-kira jam 5.30 petang seorang ejen hartanah bersama rakannya dikurung dalam sebuah bengkel di Paka, Dungun oleh tiga lelaki yang juga ejen pemungut hutang.
Beliau berkata, mangsa dipaksa membayar hutang pelaburan RM353,000 sekiranya mahu dibebaskan, namun tidak mampu sebelum diarah menyerahkan lima kenderaan dan satu geran tanah sebagai cagaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fadzli Berharap Majlis Daerah Raub Terus Komited Bersama Tingkat Hasil Pendapatan Negeri
- Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
- Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap
“Akibat ketakutan, mangsa dan rakannya bersetuju dan dibebaskan keesokan harinya kira-kira jam 2 pagi, selepas urusan penyerahan kenderaan dan geran tanah dibuat.
“Kenderaan diserahkan membabitkan buah Toyota Hilux, serta masing-masing sebuah Honda CR-V, Toyota Vellfire dan BMW X6,” katanya.
Pada 15 Disember kira-kira jam 3 petang, Mohd Khairi berkata mangsa berjumpa peguam terbabit untuk mendapatkan nasihat perundangan berkaitan surat cagaran yang ditandatangani.
Suspek, katanya memaklumkan mengenali ejen pemungut hutang dan menawarkan khidmat untuk berurusan dengan pihak terbabit bagi mendapatkan semula kenderaan yang diserahkan.
“Selepas perbincangan, mangsa membayar RM5,000 dan memperoleh semula Honda CR-V yang diletakkan di sebuah masjid di Kuala Ibai, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Back To School DUN Kota Tampan: Saarani Pastikan Kebajikan, Pendidikan Anak-anak Diberi Perhatian
- ‘Jangan Terpengaruh Momokan 1MDB Hutang Terbesar Negara’
- Program Berkhatan Perdana Secara Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa – Rais Yasin
Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor
“Kes disiasat mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai ejen pemungut hutan dan kedudukan kenderaan milik mangsa,” katanya.
Polis siasat kaitan peguam ditahan kes seludup dadah ke penjara, dengan ejen pemungut hutang kurung 2 lelaki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
You must be logged in to post a comment.