Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
Tan Sri Mohd Yussof Latiff
PULAU PINANG, 10 Dis – Persoalan tentang relevansi Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat masa kini menjadi fokus utama Konvensyen NGO-NGO Melayu Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh IKATAN dan dinaungi Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, menegaskan bahawa Rukun Negara, yang kini berusia lebih 55 tahun, dicipta selepas peristiwa 13 Mei 1969 sebagai tunjang perpaduan dan identiti nasional.
“Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan, bukan sekadar dihafal. Ia adalah roh negara. Tanpa roh, jasad akan mati; begitu juga negara tanpa Rukun Negara akan kaku dan hancur.
“Lima prinsip utamanya sepatutnya menjadi panduan setiap rakyat dalam kehidupan seharian,” katanya yang juga Tokoh Melayu Terbilang kepada UMNO Online mengulas berkaitan Konvensyen terbabit yang diadakan baru-baru ini.
Ujarnya, dengan bertemakan “Relevankah Rukun Negara Kepada Masyarakat Masa Kini?”, Yussof menegaskan bahawa penghayatan prinsip-prinsip ini kini semakin mencabar, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
Beliau menyoroti beberapa isu membimbangkan, termasuk sikap tidak setia kepada negara, rasuah, penjualan kad pengenalan palsu, serta pendedahan maklumat rahsia kepada pihak luar.
“Golongan ini tidak faham bagaimana negara ini diwujudkan dan mengabaikan nilai kesetiaan kepada Raja dan Negara,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa penghinaan terhadap institusi Raja dan percubaan mencabar undang-undang negara, termasuk penglibatan sesetengah pihak dengan aktiviti yang menyerupai komunisme, jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Selain itu, kekurangan penghayatan Rukun Negara dilihat memberi kesan negatif terhadap pelajar sekolah, termasuk peningkatan kes buli, jenayah seksual, dan kekerasan lain di sekolah.
“Generasi sekarang adalah modal insan negara esok. Apa akan berlaku pada negara jika generasi masa depan bermasalah dengan jenayah, terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, dan tiada adab susila?” soal beliau, menekankan kepentingan pendidikan nilai sejak peringkat muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Bagi menangani isu ini, Yussof mencadangkan beberapa langkah proaktif yang antaranya ialah penubuhan Majlis Perundingan Muhibah Kebangsaan, yang dianggotai oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan berasaskan kaum, untuk menyatupadukan rakyat melalui pelbagai aktiviti perpaduan dan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai Rukun Negara.
Beliau turut mencadangkan pengisytiharan Hari Perpaduan Negara dan Bulan Perpaduan, diikuti pelbagai aktiviti perpaduan di semua peringkat – dari tadika hingga institusi pengajian tinggi dan NGO.
“Pulau Pinang telah terlebih dahulu menganjurkan Hari Perpaduan Negeri setiap 8 Februari selama lebih 20 tahun. Tarikh ini bukan sekadar simbol perpaduan, tetapi juga sejarah penting penandatanganan perjanjian kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman,” jelas beliau.
Yussof juga menegaskan, tanpa penghayatan yang kukuh terhadap Rukun Negara, rakyat, khususnya generasi muda, berisiko hilang arah dan nilai moral.
“Penghayatan Rukun Negara adalah asas untuk membina masyarakat berdisiplin, harmoni, dan bersatu. Jika kita lalai, keharmonian yang dibina sejak merdeka akan terancam,” katanya.
Jelasnya, konvensyen ini diakhiri dengan harapan bahawa semua pihak akan mengambil tanggungjawab dalam mendidik generasi muda supaya prinsip Rukun Negara bukan hanya dihafal, tetapi diamalkan dalam kehidupan seharian, demi kelangsungan perpaduan dan keselamatan negara. – UMNO Online
Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.