PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menjadi medan penting untuk menentukan masa depan perjuangan parti dan hala tuju negara, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sungai Buloh, Zuree Affendie Dzuraimi.

Jelasnya, para perwakilan boleh memanfaatkan PAU pada kali ini dengan mengemukakan cadangan yang membina demi memperkukuh hala tuju dan dasar parti keramat ini.

 

“PAU merupakan platform tertinggi parti untuk para perwakilan menyuarakan pandangan, idea dan teguran secara terbuka serta berhemah. Perjuangan parti boleh diperkukuhkan dengan beberapa cara.

“Pertama, para perwakilan yang hadir pada PAU kali ini boleh membawa suara akar umbi secara jujur dan bertanggungjawab serta mengemukakan cadangan membina demi memperkukuh hala tuju juga dasar parti.

“Selain itu, para perwakilan perlu memperteguhkan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada parti. Ini juga termasuk mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


“Melalui perbahasan yang matang dan berfakta, PAU dapat menjadi medan pemerkasaan UMNO sebagai parti yang relevan dan diyakini rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya, pengukuhan perpaduan dalaman parti dan usaha untuk memulihkan keyakinan rakyat perlu dibincangkan secara terperinci pada PAU kali ini.

“Ada beberapa isu dan perkara penting yang diharap dapat diketengahkan pada PAU kali ini antaranya isu ekonomi rakyat termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kebajikan golongan muda.

“Selain itu, peranan UMNO dalam landskap politik semasa dan strategi menghadapi pilihan raya akan datang juga perlu diberikan tumpuan selain pengukuhan perpaduan dalaman parti serta usaha memulihkan keyakinan rakyat.

“Begitu juga dengan agenda pemerkasaan generasi muda dan wanita dalam parti. Tidak dilupakan juga usaha mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan Islam dan orang Melayu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


“Perbincangan isu-isu ini penting untuk memastikan UMNO kekal relevan dan selari dengan kehendak rakyat,” katanya lagi.

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

Mengulas lanjut, beliau berharap agar PAU pada kali ini dapat melahirkan keputusan yang jelas dan berpaksikan rakyat demi mengembalikan semula kepercayaan mereka terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN).

“Saya berharap agar PAU menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula UMNO sebagai parti yang kuat, bersatu dan berwibawa. Semoga dengan PAU ini, keputusan yang jelas dan berpaksikan kepentingan rakyat dapat dihasilkan.

“Saya juga berharap agar PAU pada kali ini dapat menyatukan akar umbi tanpa perpecahan dan menyuntik semangat baharui dalam perjuangan parti untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

“Sesungguhnya, PAU bukan sekadar perhimpunan tahunan, tetapi medan penting untuk menentukan masa depan perjuangan UMNO dan hala tuju negara,” katanya lagi.

Terdahulu, PAU yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 29 November telah ditangguhkan ke 14 hingga 17 Januari tahun depan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Untuk rekod, mesyuarat cawangan-cawangan UMNO seluruh negara telah diadakan pada 7 April sehingga 25 Mei manakala mesyuarat bahagian-bahagian UMNO pula dimulakan pada 9 Jun sehingga 27 Julai. – UMNO Online



Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker