Pemandu kereta rentung sudah dikenal pasti

Pemandu kereta rentung sudah dikenal pasti

PENDANG: Identiti pemandu Hyundai EF Sonata yang rentung selepas kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik dan terbakar di Kilometer (KM) 65.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, lewat malam tadi, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata mangsa dikenali sebagai Cheah Ah Kok, 61, beralamat di Jalan Kilang Tebu, Batu 3, Jalan Kuala Kedah.

Beliau berkata, lelaki warga emas itu yang menjalankan perniagaan rumah urut, disahkan terbakar seluruh badan dalam kemalangan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kereta Hyundai EF Sonata itu didaftarkan atas nama isterinya yang beralamat di Kuala Lumpur.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Terdahulu, media melaporkan seorang pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM65.4 PLUS menghala ke utara, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd Happyzam Abd Rasid, dipetik berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 11.36 malam.

Pemandu kereta rentung sudah dikenal pasti
Keratan berita disiarkan BH Online

Pemandu kereta rentung sudah dikenal pasti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker