Gol tunggal Gonzalo benam Juve, Real mara ke suku akhir
Gol tunggal Gonzalo benam Juve, Real mara ke suku akhir

Miami Gardens: Tandukan Gonzalo Garcia pada minit ke-54 sudah memadai untuk memastikan kemenangan 1-0 Real Madrid ke atas Juventus di Stadium Hard Rock, awal pagi tadi sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir Piala Dunia Kelab.
Skuad kendalian Xabi Alonso tampil meyakinkan sepanjang perlawanan, dan lebih manis buat Real apabila bintang utama mereka, Kylian Mbappe kembali beraksi selepas pulih daripada masalah kesihatan dengan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-68, penampilan sulungnya dalam kejohanan kali ini.
Separuh masa pertama menyaksikan pertembungan seimbang dengan skuad bimbingan Igor Tudor membuka permainan dengan lebih garang, namun Real menamatkannya dengan lebih kemas.
Juara Itali itu yang dibelasah Manchester City 5-2 pada aksi terakhir peringkat kumpulan, tampak yakin dengan hantaran-hantaran kemas namun Real bangkit memberi tekanan.
Akhirnya, tekanan Real membuahkan hasil apabila Trent Alexander Arnold melambungkan hantaran dari sebelah kanan dan disambut kemas oleh Gonzalo yang menanduk masuk, gol ketiganya dalam empat perlawanan kejohanan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Juventus cuba memburu gol penyamaan, antaranya rembatan deras Nicolas Gonzalez dari jarak 23 meter yang hanya sedikit tersasar.
Alonso nyata gembira dengan persembahan anak buahnya, khususnya Gonzalo yang pernah disamakan dengan legenda kelab, Raul.
Beliau turut memberi bayangan bahawa Mbappe bakal memainkan peranan lebih besar di suku akhir.
“Saya fikir hari demi hari dia akan bertambah baik, dan dengan baki 3-4 hari sebelum aksi suku akhir Sabtu ini, dia pasti lebih bersedia. Saya bercakap dengannya setiap hari tentang tahap kesihatannya, dan saya rasa dia akan lebih mantap nanti,” kata Alonso.
Beliau turut memuji ketahanan mental pasukannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
“Kami perlu sabar dan matang dalam permainan. Kami tidak berjaya jaringkan gol kedua yang boleh beri sedikit kelegaan. Tapi ini perlawanan kalah mati, anda perlu buat apa yang perlu. Di akhir perlawanan, kami bertahan dengan baik dan saya gembira dengan itu.”
Tudor pula mengakui pemainnya keletihan pada penghujung perlawanan.
“Ada 10 pemain minta dikeluarkan, walaupun mustahil untuk dilakukan. Keletihan amat luar biasa,” katanya sambil menyatakan tiga faktor utama menyumbang keletihan itu.
“Tekanan permainan, cuaca panas dan lembap, serta hakikat kami sudah melalui musim yang panjang,” katanya lagi.
Gol tunggal Gonzalo benam Juve, Real mara ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.