Bayern minat beli Rashford
Bayern minat beli Rashford

London: Bayern Munich dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Marcus Rashford selepas penyerang Manchester United itu dimasukkan dalam senarai panjang perpindahan kelab Jerman itu.
Rashford, 27, semakin terpinggir di Old Trafford dan kali terakhir beraksi untuk Red Devils adalah pada Disember lalu sebelum dipinjamkan ke Aston Villa untuk separuh kedua musim lalu.
Di Villa Park, Rashford mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan dengan menjaringkan empat gol serta mencipta enam bantuan jaringan dalam 17 penampilan di semua kejohanan.
Namun, Aston Villa mengesahkan awal minggu ini bahawa mereka tidak akan mengaktifkan pilihan pembelian kekal bernilai £40 juta (RM230.1 juta).
Menurut laporan akhbar Jerman Bild, Bayern Munich kini turut menyertai persaingan untuk mendapatkan Rashford.
Juara Bundesliga itu sedang giat memperkukuh bahagian serangan mereka selepas sasaran utama, Florian Wirtz, memilih untuk menyertai Liverpool dengan perpindahan bernilai £116 juta (RM667.5 juta).
Pasukan kendalian Vincent Kompany turut dikaitkan dengan pemain sayap Athletic Club, Nico Williams, manakala penyerang Stuttgart, Nick Woltemade, dilaporkan menjadi sasaran utama mereka di posisi penyerang tengah.
Laporan itu menyebut bahawa Rashford telah dimasukkan ke dalam senarai sasaran Bayern kerana profilnya yang dianggap ‘sempurna’ iaitu boleh beraksi di bahagian sayap mahupun di posisi penyerang utama.
Namun begitu, Rashford berada di belakang beberapa nama lain dalam senarai keutamaan Bayern seperti Bradley Barcola (PSG), Nico Williams, Rafael Leao (AC Milan) dan Luis Diaz (Liverpool).
Bayern minat beli Rashford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.