Kedai dobi jujur, pulangkan duit pelanggan tertinggal dalam baju
Kedai dobi jujur, pulangkan duit pelanggan tertinggal dalam baju

JAKARTA – Sebuah kedai dobi di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menerima pujian orang ramai apabila bersikap jujur dengan mengembalikan duit yang tertinggal dalam pakaian milik pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sejumlah wang yang diletakkan pada setiap bungkusan plastik berisi pakaian.
Wang tersebut disusun rapi pada bahagian atas agar pemilik pakaian dapat melihatnya.
Antara jumlah wang paling banyak ditemui adalah 700,000 rupiah (RM163).
Rakaman itu mencatatkan 391,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya suka dengan kedai dobi yang jujur,” kata seorang netizen.
“Sikap ini patut dicontohi! Bukan ambil hak orang lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Kedai dobi jujur, pulangkan duit pelanggan tertinggal dalam baju
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.