Dua rumah terbakar, seorang lelaki ditahan

Dua rumah terbakar, seorang lelaki ditahan

Dua rumah terbakar, seorang lelaki ditahan
Kebakaran di Kampung Baru, Sungai Lalang, malam tadi. – Foto FB Pasukan Bomba Sukarela Gurun

SUNGAI PETANI: Dua rumah di Kampung Baru, Sungai Lalang di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Dalam kejadian itu, anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental berusia 40 tahun di kawasan kebakaran terbabit.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Naim Mat Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 7.52 malam tadi.

Beliau berkata, operasi disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan dibantu BBP Amanjaya serta tujuh Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran itu membabitkan dua rumah kelas B yang mana sebuah daripadanya musnah 90 peratus, manakala sebuah lagi 70 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki OKU mental yang berada di kawasan kebakaran berjaya diselamatkan oleh anggota dari BBP Amanjaya dan mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Api berjaya dikawal pada jam 8.25 malam dan dipadam sepenuhnya jam 11.46 malam,” katanya.

Mohd Naim berkata, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan seorang individu untuk membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dilakukan setakat ini.

Dua rumah terbakar, seorang lelaki ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker