Dua penyelam ditemui selamat selepas 12 jam terapung di perairan Pulau Yu

Dua penyelam ditemui selamat selepas 12 jam terapung di perairan Pulau Yu

Dua penyelam ditemui selamat selepas 12 jam terapung di perairan Pulau Yu

KUALA TERENGGANU: Dua penyelam skuba termasuk seorang warganegara China yang hilang ketika melakukan kegiatan penyelaman di kawasan Taman Laut Pasir Akar, Pulau Redang, di sini, ditemui selamat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa iaitu Shahimi Zainal Abidin, 30, dari Kajang, Selangor dan Tan Yan Song, 43, ditemui terapung oleh pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terapung di perairan Pulau Yu selepas dihanyutkan arus ketika melakukan aktiviti penyelaman kira-kira jam 12.45 tengah hari, semalam.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat selepas ditemui dalam keadaan terapung pada jarak 10 batu nautika selepas kira-kira 12 jam dilaporkan hilang.

“Kedua-dua mangsa di bawa ke Klinik Kesihatan Pulau Redang untuk mendapatkan rawatan dan dihantar ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Setiu untuk rawatan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan


Mengulas lanjut, Azli berkata, sebelum dilaporkan hilang, mangsa bersama tiga termasuk pemandu bot dikatakan bertolak daripada jeti Laguna ke kawasan taman laut di Pasir Akar untuk melakukan aktiviti penyelaman, kira-kira jam 10 pagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas lebih dua jam melakukan aktiviti penyelaman, dua mangsa dilaporkan hilang selepas tidak muncul di permukaan air.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terapung di permukaan air selepas lebih 12 jam dihanyutkan arus oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Dua penyelam ditemui selamat selepas 12 jam terapung di perairan Pulau Yu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker