Seorang lemas perahu karam di Sungai Batang Rajang
Seorang lemas perahu karam di Sungai Batang Rajang

KUCHING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaiki bersama empat rakannya terbalik dan karam di Sungai Batang Rajang di Kapit, malam kelmarin, ditemukan lemas, hari ini.
Mayat Brando Jawi Mamba, 25, ditemui timbul di jeti terminal bot oleh orang awam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima maklumat penemuan itu daripada polis pada jam 7.06 pagi.
“Anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi penemuan dan pada jam 7.30 mayat mangsa diangkat ke jeti Kubu Sylvia untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, mangsa dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaikinya bersama empat lagi rakan terbalik selepas dipukul ombak kuat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali
- Program Deco Wanita UMNO Bawa Keceriaan Kepada Penduduk
- Rumah Bangsa: Kenyataan Sanusi Perlihat Kegusaran Politik
Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan
Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama empat rakannya itu menaiki perahu dari Rumah Panjang Bunsi, Kampung Atas Kubu, Jalan Sri Baleh menuju ke tempat kapal berlabuh di jeti berhampiran pasar malam Kapit.
Bagaimanapun, difahamkan perahu dipercayai gagal dikawal sebelum dipukul ombak kuat menyebabkan ia terbalik dan karam.
Tiga lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam perahu itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
Beberapa rakan yang berada di lokasi berusaha mencari mangsa sejurus kejadian, namun gagal mengesannya.
Anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit hanya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.59 petang semalam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan membabitkan empat anggota bomba.
Seorang lemas perahu karam di Sungai Batang Rajang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
- Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang
- 1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.