Herry persoal kecederaan Haikal

Herry persoal kecederaan Haikal

Herry persoal kecederaan Haikal
HON JIAN-HAIKAL NAZRI tarik diri dari Terbuka Switzerland. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Penarikan diri beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri di Terbuka Switzerland mengundang rasa kurang senang daripada ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi kerana itu bukan keputusan yang diharapkan.

Menurut Herry, keputusan gandingan ke-30 dunia itu untuk tidak beraksi di kejohanan berkenaan sekali gus mengecewakan beliau.

Katanya, mengikut perancangan, beliau mahu Hon Jian-Haikal beraksi di Terbuka Switzerland agar mereka boleh mempamerkan prestasi terbaik selepas gagal menyerlah di Seluruh England.

“Soal itu bukan dari saya. Kamu mesti tanya pemain sendiri. Jadi bukan saya yang suruh tarik diri tetapi Haikal yang tak mahu bermain. Saya kata, kamu cakaplah sendiri dengan pihak pengurusan.

“Saya pada masa itu banyak fokus kepada kejohanan Seluruh England. Saya tak mahu fokus pada dia kalau dia sendiri yang tak mahu,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan


Sebagai makluman, wakil negara itu terpaksa menarik diri daripada Terbuka Switzerland yang berlangsung pada minggu ini kerana dikhabarkan mengalami kecederaan.

Selain itu, menurut jurulatih kelahiran Indonesia itu, beliau melihat kondisi Haikal berada dalam kondisi terbaik namun berbeza dengan pemain itu sendiri yang merasakan dirinya tidak boleh beraksi pada kejohanan berkenaan.

“Dia kata cedera. Tapi kalau saya tengok, tak ada cedera pun. Kalau cedera, biasanya akan nampaklah pada kakinya atau pergerakannya, tapi ini tak ada. Jadi saya tak mahu fikir banyak pasal itu, saya fokus pada pemain lain yang mahu berlatih,” katanya.

Pada Seluruh England pada awal bulan lalu, Hon Jian-Haikal gagal meneruskan perjuangan selepas tewas kepada lawan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di pusingan pertama.

Herry persoal kecederaan Haikal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker