Sekelip mata ‘kereta hantu’ lenyap dalam asap
Sekelip mata ‘kereta hantu’ lenyap dalam asap

SINGAPURA – Satu video tular di media sosial memaparkan aksi sebuah kereta BMW yang lenyap di sebalik asap ketika ia dipandu di sebatang jalan di Singapura, lapor laman berita Must Share News kelmarin.
Video dirakam Sabtu lalu di Balestier, sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan).
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, kereta pemilik kamera papan pemuka dilihat mengekori BMW yang dipandu laju tersebut.
Sejurus membelok di laluan Central Expressway, BMW tersebut secara tiba-tiba membebaskan asap tebal daripada ekzosnya, menyebabkan penglihatan pemandu kereta belakang terbatas.
Lebih mengejutkan pemandunyanya adalah sejurus keretanya meredah asap tersebut, kereta BMW itu hilang sekelip mata tanpa meninggalkan jejak.
Video itu dimuat naik di laman sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Mungkin ia adalah kereta hantu,” kata seorang netizen.
“Kereta itu membebaskan asap racun makhluk perosak,” kata pengguna media sosial lain.
Tiada penjelasan lanjut mengenai kejadian itu, namun ramai yang percaya bahawa BMW tersebut dipecut laju ketika asap tebal menghalang pemandangan kereta di belakangnya. – AGENSI
Sekelip mata ‘kereta hantu’ lenyap dalam asap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.