Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat FGV Holdings Berhad di Wisma FGV, di sini, susulan amanah baharu yang diberikan kepadanya untuk mengelola dan memantau urusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta FGV.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri perkembangan semasa syarikat, memahami cabaran yang dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka oleh pengurusan tertinggi FGV.
Menurutnya, sesi dialog bersama kepimpinan FGV membuka ruang perbincangan secara langsung mengenai langkah memperkukuh kedudukan institusi itu agar terus berdaya saing dan mampu memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara.
“FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan FELDA dan kesejahteraan warga peneroka. Justeru, kerjasama erat, tadbir urus yang mantap serta pendekatan strategik yang berpaksikan keberhasilan mesti terus diperkukuh,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat perlu memberi nilai tambah kepada rakyat, selain memastikan kelestarian FGV sebagai sebuah institusi korporat utama negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sandiwara ‘Ahli Politik Keluar Gua’ Satu Hipokrasi Menjijikkan
- Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda
- Menteri Pendidikan Australia Sambut Baik Usul ‘Twinning Programme’ – Pengerusi MARA
Ahmad Zahid juga optimis bahawa dengan komitmen semua pihak, FGV mampu terus diperkasakan sebagai institusi yang mampan dan progresif, sekali gus menjadi pemangkin kemakmuran generasi peneroka masa kini dan akan datang. – UMNO Online
Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
- Keputusan Sertai UMNO Dibuat MKT – Ahmad Maslan
- Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais
You must be logged in to post a comment.