Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan komitmen berterusan PTPTN dalam memperkukuh tadbir urus yang telus dan berintegriti, di samping memperkasa ekosistem pendidikan negara agar tiada pelajar tercicir daripada arus pembelajaran.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN yang pertama bagi tahun 2026, yang memberi tumpuan kepada hala tuju strategik organisasi, prestasi kewangan serta inisiatif sokongan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
Menurut Norliza, pendidikan merupakan asas utama dalam membina masa depan negara dan PTPTN akan terus memainkan peranan penting sebagai pemudah cara pembiayaan kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
“Kita tidak mahu ada seorang pun pelajar yang tertinggal hanya kerana kekangan kewangan. Hanya pendidikan yang mampu menjamin masa depan yang lebih baik, bukan sahaja untuk individu, malah untuk keluarga dan negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Beliau turut menekankan bahawa PTPTN akan meneruskan usaha memperkasa pengajaran dan pembelajaran melalui penyediaan pembiayaan kewangan yang mampan, di samping memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap dan responsif terhadap keperluan semasa pelajar dan dipermudahkan dengan penggunaan Aplikasi Myptptn. Transformasi mindset rakyat dari budaya memnjam pada menabung melalui SSPN untuk pendidikan.
Dalam masa sama, beliau menegaskan kepentingan tadbir urus korporat yang kukuh sebagai teras kepada keyakinan rakyat terhadap institusi
Tambahnya, PTPTN akan terus mempergiat kempen kesedaran bayaran balik pinjaman bagi memastikan kelestarian dana pendidikan, sekali gus membolehkan lebih ramai pelajar generasi akan datang menerima manfaat pembiayaan.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan beberapa inisiatif baharu termasuk penambahbaikan skim pembiayaan, galakan simpanan pendidikan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), serta kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Norliza turut menyentuh peranan wanita dan ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak-anak, sambil menyeru masyarakat untuk melihat pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang yang paling bernilai.
“Apabila kita melabur dalam pendidikan, kita sebenarnya sedang melabur dalam masa depan negara. PTPTN akan terus berdiri bersama pelajar, memastikan akses kepada pendidikan tinggi kekal inklusif dan mampan,” katanya.
Beliau juga berharap tahun 2026 akan menjadi titik pengukuhan kepada agenda pendidikan nasional, dengan PTPTN kekal komited membantu melahirkan modal insan berkualiti demi kesejahteraan Malaysia pada masa hadapan. – UMNO Online
Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.