Piala Thomas 2026 – ‘Naga Api’ tumpu kematangan dan pengalaman beregu Malaysia
Piala Thomas 2026 – ‘Naga Api’ tumpu kematangan dan pengalaman beregu Malaysia

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, memberi bayangan awal barisan beregu yang berpotensi menggalas cabaran Malaysia pada Piala Thomas di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei depan, dengan penekanan utama diberikan kepada kematangan, pengalaman dan kekuatan mental.
Herry yang digelar jurulatih Naga Api menegaskan Piala Thomas kali ini menuntut skuad negara menurunkan barisan paling kuat, sekali gus memerlukan pemain yang sudah bersedia memikul tanggungjawab besar di pentas dunia.
“Piala Thomas kali ini kita perlu turunkan barisan yang kuat.
“Jadi kita perlukan pemain yang matang, berpengalaman dan mempunyai mental yang kuat tapi pastinya ia bergantung kepada perancangan pihak pengurusan.
Mengulas kriteria utama pemilihan, Herry menjelaskan keutamaan pasti diberikan kepada pasangan yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia kerana kedudukan itu mencerminkan tahap kesediaan sebenar pemain.
“Kalau mereka berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, itu sudah menunjukkan mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab,” katanya.
Jika mengikut perkiraan semasa, pasangan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menghuni ranking keenam dunia, serta gandingan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di kedudukan kelapan dunia berada dalam kelompok utama yang akan pertimbangan.
Ditanya mengenai kemungkinan memberi peluang kepada pasangan muda seperti Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King serta Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, Herry menjelaskan perkara itu bergantung sepenuhnya kepada sasaran yang ditetapkan pengurusan.
“Itu bergantung kepada pengurusan dan sasaran yang ditetapkan. Jika sasaran mahu memberi pendedahan kepada pemain muda, kami bersedia. Pemain muda ini sentiasa kami persiapkan supaya bersedia apabila diperlukan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
Sebelum ini, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan sasaran untuk menjulang Piala Thomas 2026 sebagai sebahagian daripada pelan strategik komprehensif Tangkis 2030.
Mengulas sasaran itu, Herry menegaskan peranannya sebagai jurulatih adalah memastikan tahap persiapan pemain berada pada tahap terbaik tanpa terlalu dibebani tekanan awal.
“Kalau bercakap mengenai sasaran, memang kita perlu meletakkan sasaran setinggi mungkin. Apa pun hasilnya nanti, kita lihat kemudian. Tugas saya sebagai jurulatih adalah mempersiapkan pemain sebaik mungkin,” katanya.
Piala Thomas 2026 – ‘Naga Api’ tumpu kematangan dan pengalaman beregu Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.