Kerap mimpi jumpa emas, wanita rugi pecah lantai rumah

Kerap mimpi jumpa emas, wanita rugi pecah lantai rumah

Kerap mimpi jumpa emas, wanita rugi pecah lantai rumah
Tangkap layar video menunjukkan beberapa pekerja cuba memecahkan lantai rumah wanita itu. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia nekad membongkar lantai rumahnya selepas dia berulang kali mimpi menemui jongkong emas di kawasan itu, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @trending_makassar menunjukkan beberapa pekerja cuba memecahkan lantai simen di halaman rumah wanita itu.

Dia bagaimanapun sedih apabila pembongkaran itu tidak membuahkan hasil, sebaliknya merosakkan paip pembentung.

“Paip pembentung saya rosak. Berharap mendapatkan emas tetapi saya bertambah rugi,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 107,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau jumpa, pemerintah ambil,” kata seorang netizen.

“Nasib baik bukan dalam tangki septik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Kerap mimpi jumpa emas, wanita rugi pecah lantai rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker