Djokovic lepas geram ‘tembak’ pengkritik

Djokovic lepas geram ‘tembak’ pengkritik

Djokovic lepas geram 'tembak' pengkritik
DJOKOVIC meraikan kemenangan ke atas Sinner. FOTO AFP

Melbourne: Novak Djokovic berkata dia tidak pernah meragui keupayaannya untuk terus bersaing di peringkat tertinggi, selain menyelar mereka yang cuba ‘memaksanya bersara’ selepas menewaskan Jannik Sinner pada separuh akhir Terbuka Australia, semalam.

Pemain berusia 38 tahun itu mempamerkan aksi klasik apabila menumbangkan juara bertahan dua kali itu dalam perlawanan lima set yang mendebarkan, sekali gus melayakkannya ke perlawanan akhir menentang Carlos Alcaraz, esok, dan membuka peluang untuk meraih gelaran Grand Slam pertamanya sejak September 2023.

“Saya tidak pernah berhenti percaya pada diri sendiri. Ramai yang meragui saya. Tiba-tiba muncul ramai ‘pakar’ yang mahu saya bersara atau sudah pun memencilkan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana memberi saya kekuatan dan motivasi untuk membuktikan mereka salah, dan itulah yang saya lakukan malam ini (semalam). Sejujurnya, ini bukan sesuatu yang mengejutkan bagi saya.

“Saya tahu mengenai kemampuan saya. Sepanjang karier, banyak kali di Grand Slam, ada hari-hari di mana anda tidak berada pada tahap terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat


Djokovic, yang memburu gelaran Grand Slam ke-25 untuk mencipta rekod baharu, mengakui dia bernasib baik apabila menerima dua kemenangan percuma pada pusingan awal, namun menegaskan tiada unsur tuah dalam kemenangan ke atas Sinner.

“Saya turun ke gelanggang dengan jelas mengetahui strategi dan pelan permainan yang perlu dilaksanakan.

“Sudah tentu ia lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Satu perkara adalah membayangkan bagaimana anda mahu bermain, dan satu lagi adalah melaksanakannya di atas gelanggang, apatah lagi menentang Sinner yang kita semua tahu berada pada tahap permainan yang sangat tinggi.

“Saya benar-benar teruja dapat melalui pengalaman seperti ini,” kata Djokovic.

Djokovic lepas geram ‘tembak’ pengkritik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker