Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading menegaskan bahawa kestabilan dan keberkesanan tadbir urus negeri perlu diberi keutamaan, khususnya dengan memastikan kerajaan ditadbir oleh pemimpin yang terbukti berfungsi serta mampu menyelesaikan isu-isu tempatan yang telah lama berlarutan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sri Gading, Mohd Khairul Amri Sa’adan menyuarakan kebimbangan terhadap desakan beberapa pihak, termasuk Amanah Johor, yang dilihat seolah-olah lebih tertumpu kepada perebutan kuasa berbanding keupayaan sebenar untuk mentadbir dan berkhidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, isu pengoperasian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya di Parit Yaani menjadi contoh jelas kegagalan kepimpinan terdahulu dalam menyelesaikan masalah setempat walaupun mempunyai kedudukan dan tanggungjawab besar dalam kerajaan.

“SMK Suria Jaya adalah isu yang telah lama dinantikan oleh penduduk Sri Gading. Namun, sejak Ahli Parlimen Sri Gading yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani serta bekas Exco Pendidikan Negeri Johor memegang jawatan sejak 2018, sekolah ini masih gagal beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kegagalan tersebut menyebabkan bangunan sekolah terbiar, rosak dan disifatkan sebagai ‘projek gajah putih’, termasuk insiden kecurian pendawaian elektrik yang telah dipasang sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam


Bagaimanapun, menurut Mohd Khairul Amri, usaha membangunkan semula projek tersebut hanya mula menunjukkan perkembangan positif selepas inisiatif diambil oleh kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bersama Exco Pendidikan, Aznan Tamin, serta ADUN Parit Yaani yang baharu, Najib Samuri.

“Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang berfungsi, komited dan benar-benar bekerja mampu menggerakkan penyelesaian isu tempatan yang telah lama terbengkalai,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Sri Gading berpandangan bahawa sudah tiba masanya semua pihak bersikap realistik dan memberi ruang kepada kerajaan negeri sedia ada untuk terus ditadbir oleh pemimpin yang telah membuktikan keberkesanan mereka.

“Keutamaan kita bukan soal siapa menguasai kerusi, tetapi siapa yang mampu mentadbir dengan baik, melancarkan tadbir urus negeri dan menyelesaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi


Tambahnya, rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang berfungsi dan berorientasikan penyelesaian, bukan sekadar retorik politik atau tuntutan kuasa tanpa prestasi yang jelas. – UMNO Online

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker