PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza

PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza

PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza

TASEK GELUGOR, 29 Jan – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN berupa sebuah skrin LED kepada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, di Dewan Aula Bestari sekolah berkenaan, di sini.

Ujarnya, sumbangan tersebut bertujuan menyokong usaha memperkasa pengajaran dan pembelajaran selari dengan kemajuan teknologi masa kini, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan kepada warga sekolah.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran selari dengan kemajuan teknologi serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah.”

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis serta memastikan kelancaran pelaksanaan sumbangan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Menurut beliau, kerjasama erat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat amat penting dalam memastikan manfaat sumbangan dapat dirasai secara berterusan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Rohayu Ali Musa, pihak PIBG, guru-guru serta murid-murid SK Pengkalan Jaya atas sokongan dan kerjasama yang diberikan,” katanya.

PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru, wakil PIBG serta murid-murid, yang menyambut baik sumbangan berkenaan sebagai salah satu usaha memperkukuh kemudahan pendidikan di sekolah.

Sumbangan skrin LED ini dijangka dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan program sekolah, sekali gus menyokong aspirasi ke arah pendidikan berkualiti dan berteraskan teknologi. – UMNO Online

PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker