Polis rampas lebih RM800,000 minyak sawit mentah haram

Polis rampas lebih RM800,000 minyak sawit mentah haram

Polis rampas lebih RM800,000 minyak sawit mentah haram
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman bersama MPOB Johor menumpaskan aktiviti penyimpanan minyak sawit haram di Kawasan Perindustrian Kulai Timur, Johor Bahru, semalam. FOTO Ihsan PDRM.

KULAI: Polis menumpaskan sindiket penyimpanan minyak sawit mentah secara haram dalam Ops Taring Palma di Kawasan Perindustrian Kulai Timur, di sini, dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM805,850.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB Johor), semalam, selepas menerima maklumat awam mengenai premis tidak berlesen.

“Bertindak atas maklumat awam, pasukan Cawangan Risik FRU Bukit Aman menyerbu sebuah premis tidak bernombor pada jam 4.15 petang dan mengesan aktiviti mencurigakan melibatkan penyimpanan minyak sawit mentah jenis Palm Oil Sludge (SPO) di lokasi yang tidak berlesen.

“Tiga lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas adalah beberapa kenderaan berat, peralatan industri serta minyak sawit mentah yang disyaki diproses dan disimpan secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


Mengulas lanjut, Rosli berkata, semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penguat kuasa MPOB Johor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 78 Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM805,850,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan itu membuktikan keberkesanan pendekatan operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan.

“Operasi ini adalah hasil kerjasama strategik antara FRU dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang dilaksanakan secara tersusun dan berfokus.

“Pendekatan ini selari dengan pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyimpanan dan pemprosesan minyak sawit secara haram, bahkan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang yang menjejaskan kepentingan industri strategik negara.

“Usaha penguatkuasaan secara bersepadu akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Polis rampas lebih RM800,000 minyak sawit mentah haram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker