Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”
Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku pada laman web tempahan pada restoran yang baru dibuka, Rembayung.
Netizen Persoal Masalah Teknikal Laman Web Tempahan Rembayung?
Menerusi hantaran di Threads, netizen terlibat turut mempersoalkan platform ‘UMAI’ yang tidak memperuntukkan sumber daripada kumpulan Cloudflare lain milik mereka untuk tempahan restoran di Rembayung.
“Hai Khairul Aming, sila hire CTO. Sekarang tempahan ke restoran awak ‘down’.
Kenapa mereka tak nak peruntukkan sumber daripada kumpulan Cloudflare lain milik mereka sendiri untuk tempahan sisterm tempahan restoran?
Boleh tak tunjuk apa mereka buat, sekurang-kurangnya pakar-pakar IT lain boleh la tengok.”-soal seorang netizen di Threads
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
“Saya Buka Kedai Makan Je Bang…- Khairul Aming”
Tidak berdiam diri, Khairul kemudian memberikan respon terhadap netizen tersebut dengan menjelaskan bahawa restorannya itu hanya mampu menampung seramai 200 pelanggan maksimum pada satu masa, selain memohon untuk memberikannya masa yang baru sahaja membuka restoran Rembayung selama dua minggu.
“Saya buka kedai makan je bang, saya mohon jangan letak expectation macam saya organize konsert kat Bukit Jalil. Dalam kedai kita boleh handle 200 pax je max dalam satu masa.
Kita guna option Umai sebab itu the best option yang ada untuk manage restoran di Malaysia. Tapi bila best option pun tak boleh tampung, kami tak boleh nak resolve isu ini sekelip mata.
Kedai baru buka 2 minggu bang, tolonglah bagi saya sedikit ruang.”

Sekadar info, Khairul Aming sebelum ini mengumumkan bahawa dia membuka restoran pertamanya yang menyajikan masakan Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Rembayung pada Januari 2026.
Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
You must be logged in to post a comment.