Perak FA malukan KL City
Perak FA malukan KL City

Kuala Lumpur: Kelab Liga A1 Semi Pro, Perak FA muncul pasukan pertama melakar kejutan besar di pentas Piala Malaysia musim ini apabila menewaskan wakil Liga Super, Kuala Lumpur (KL) City 2-0 pada aksi pusingan 16 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.
Perak yang dibarisi enam pemain bawah 23 (B-23) tahun dan seorang pemain B-20 selain dibantu seorang pemain import dalam kesebelasan utama mencipta sensasi apabila mendahului pada minit ke-10 menerusi jaringan Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil.
Tersentak dengan jaringan itu, KL City mula mengatur gerakan untuk memburu gol penyamaan dan memperoleh peluang terbaik pada minit ke-28, namun tandukan Safawi Rasid berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Syazwan Syazany Ahmad Shafei.
Ketika skuad City Boys mengharapkan permulaan lebih baik di babak kedua, sebaliknya berlaku apabila Perak mendapat gol kedua hasil tandukan Muhammad Fadhil Mohammad Azmi pada minit ke-54.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Malangnya, kebangkitan yang diharapkan itu tidak berlaku hingga ke wisel penamat dengan beberapa peluang yang dicipta barisan pemain City Boys gagal menghasilkan sebarang jaringan.
Meskipun maruah KL City tercalar susulan daripada kekalahan itu, namun perjuangan juara Piala Malaysia 2021 itu masih belum berakhir apabila sekali lagi akan berdepan Perak dalam aksi timbal balik di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 25 Januari
Perak FA malukan KL City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.