4 warga Iran geng pukau, samun dicekup
4 warga Iran geng pukau, samun dicekup

KUALA LUMPUR: Taktik licik sekumpulan warga Iran memukau dan menyamun barangan berharga terbongkar apabila kesemua mereka diberkas dalam satu serbuan ke atas sebuah kondominium di Jalan Ampang, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kerugian dilaporkan membabitkan kumpulan terbabit dianggarkan RM30,000 berdasarkan laporan diterima setakat ini.
“Taktik geng ini ialah berinteraksi dengan mangsa sebelum mangsa tiba-tiba dipercayai menjadi khayal.
“Ada empat kes setakat ini dikenal pasti dan terbaharu berlaku 9 Januari lalu,” katanya pada sidang media Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini.
Menurutnya, dua daripada suspek adalah adik beradik manakala dua lagi mempunyai hubungan persaudaraan.
Fadil berkata, semakan mendapati kesemua suspek masuk ke Malaysia sekitar Jun tahun lalu dan kini direman bagi membantu siasatan dan dijangka dituduh minggu hadapan.
Katanya, suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Fadil berkata, semakan mendapati kesemua suspek masuk ke Malaysia sekitar Jun tahun lalu.
4 warga Iran geng pukau, samun dicekup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.