Wanita panik ular sawa melingkar atas dada
Wanita panik ular sawa melingkar atas dada

SYDNEY – Seorang wanita di Brisbane, Rachel Bloor, panik apabila dia terjaga daripada tidur dan mendapati seekor ular sawa berlingkar di atas tubuhnya, lapor portal berita ABC News semalam.
Ular panjang 2 setengah meter itu menyusur ke katilnya lewat malam Isnin lalu sebelum dia merasakan sesuatu yang berat berada di bahagian perut dan dada.
Rachel menyangka anjing peliharaan berada di atas tubuhnya dan apabila meletakkan tangan di atas selimut, dia terasa sesuatu bergerak di dalam genggamannya.
Wanita itu segera mengejutkan suaminya dan menyuruh lelaki berkenaan menyalakan lampu.
Suaminya kemudian berkata: “Sayang, jangan bergerak. Ada ular sawa permaidani panjang lebih 2 meter berada di atas kamu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
Ketika itulah rasa panik mula melanda Rachel.
“Saya risaukan anjing,” kata Rachel sebelum suaminya membawa kedua-dua haiwan peliharaan itu keluar dari bilik tidur.
Dari bilik sebelah, suaminya memberitahu bahawa dia perlu merangkak keluar dari bawah selimut.
“Jadi, saya perlahan-lahan mengesot ke tepi,” katanya.
Selepas turun daripada katil, dia membantu ‘membimbing’ ular itu keluar melalui tingkap.
Dia mengesyaki ular tersebut menyusur naik ke tingkat dua rumahnya dan kemudian melingkar di atas dirinya. – AGENSI
Wanita panik ular sawa melingkar atas dada
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.