Pencuri motosikal rupanya polis
Pencuri motosikal rupanya polis

JAKARTA – Seorang anggota polis di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara diberkas kerana mencuri motosikal milik rakannya yang juga merupakan seorang pegawai, lapor portal berita Kompas TV semalam.
Ketua Perhubungan Awam Polis Deli Serdang, Inspektor Pertama JM Gabe Napitupulu berkata, suspek menjual motosikal itu kepada seorang pembeli pada harga 9.5 juta rupiah (RM2,300).
“Daripada soal siasat, suspek, FE, mengaku menjual motosikal tersebut kepada seorang lelaki berinisial T di kawasan Tembung dengan harga 9.5 juta rupiah,” kata Gabe.
Tambah beliau, suspek telah ditangkap dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Deli Serdang untuk siasatan lanjut.
Gabe mengesahkan bahawa pelaku merupakan pegawai bertugas di Ibu Pejabat Polis Deli Serdang.
Dalam kejadian pada 31 Disember lalu, mangsa dilaporkan meletakkan motosikalnya di berek polis Deli Serdang ketika dia menunaikan solat di masjid.
Namun, selepas bersolat, dia melihat suspek melintasi masjid sambil menunggang motosikal miliknya.
“Dia menunggu suspek kembali, namun sehingga 2 Januari, suspek tidak ditemukan. Mangsa kemudian melaporkan perkara itu,” kata Gabe.
Suspek kini ditahan dan berdepan tindakan pemecatan serta hukuman undang-undang. – AGENSI
Pencuri motosikal rupanya polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.