Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy

Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Patriotik UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Patriotik UMNO (SPU), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan para graduan SPU bahawa konvokesyen ini bukan noktah sebuah perjalanan, tetapi titik mula sebuah amanah perjuangan.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ilmu yang digenggam bukan untuk disimpan, tetapi untuk dicurahkan dan disiplin yang dibina bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk dipraktikkan di medan bakti.

“Pelajar-pelajar SPU telah dipilih, diasuh dan dibentuk bukan untuk menjadi penonton sejarah, tetapi pembinanya. Di bahu ini semua terletak harapan parti, di dada pelajar terpatri amanah bangsa dan di langkah kalian tersimpan masa depan negara.

“Jangan biarkan perjuangan ini layu kerana keletihan. Jangan biarkan kesetiaan goyah kerana godaan. Tatkala jalan terasa sukar, ingatlah bahawa UMNO ini lahir daripada pengorbanan, dibesarkan dengan kesetiaan dan dipertahankan dengan keberanian,” katanya pada Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Pemandu SPU, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara


Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang juga berharap para graduan SPU dapat memegang kepada asas yang harus dijadikan kompas perjuangan selepas ini, iaitu berpegang teguh kepada akronim SETIA.

“Huruf ‘S’ bermakna Setia, setialah kepada parti walau apa jua cabaran, ujian dan gelombang yang melanda. Kesetiaan ini bukan sekadar ketika senang dan berjaya, tetapi lebih utama ketika parti diuji dan dipersoalkan. Disitulah nilai sebenar seorang pejuang dinilai.

“E bermakna Empati, hayatilah perjuangan ini dengan menyelami dan memahami denyut nadi rakyat serta perasaan mereka yang berada di sekeliling kita. Seorang pemimpin yang hebat bukan hanya pandai bercakap, tetapi mampu mendengar, merasai dan memahami.

“T adalah Taat, maka taatlah kepada prinsip perjuangan dan kepimpinan parti. Ketaatan yang berlandaskan adab dan disiplin organisasi adalah asas kepada kekuatan dan kestabilan UMNO sebagai sebuah parti yang berstruktur dan berakar umbi.”

Tambah beliau lagi adalah huruf ‘I’ yang bermaksud ‘Ikhlas’ menuntut setiap perjuang agar sentiasa membersihkan niat dalam setiap gerak kerja perjuangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN


“I adalah ikhlaskan niat dalam setiap langkah perjuangan. Jangan menjadikan politik sebagai medan kepentingan peribadi, sebaliknya jadikan ia wadah khidmat dan pengorbanan demi agama, bangsa dan negara.

“Yang terakhir adalah abjad A adalah Amanah, pikullah setiap amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Setiap peranan, sama ada kecil atau besar, adalah kepercayaan yang akan dipersoalkan, bukan sahaja oleh manusia, tetapi juga di hadapan Allah SWT,” katanya lagi.

Seterusnya beliau harap graduan SPU terus menjadi benteng parti yang setia mempertahankan perjuangan khususnya ketika berdepan cabaran dan tohmahan.

“Jadilah benteng saat parti diserang, jadilah obor saat perjuangan memerlukan cahaya, dan jadilah nadi yang mengalirkan semula semangat ke dalam tubuh UMNO. Kerana perjuangan ini bukan milik sehari, bukan milik satu generasi, tetapi amanah sepanjang zaman.

“Selagi darah perjuangan mengalir, selagi itulah UMNO mesti berdiri. Selagi ada yang sanggup berkorban, selagi itulah perjuangan ini tidak akan mati.Teruskan melangkah dengan yakin,” ujarnya.

Tegasnya, teruskan berjuang dengan setia, kerana di tangan graduan SPU semua, tersemat masa depan UMNO dan maruah negara. – UMNO Online

Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker