Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini

Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini

 

Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh menafikan jasa UMNO dalam mencorakkan agama Islam di negara ini.

Ujarnya, UMNO ditubuhkan bukan sekadar untuk menentang Malayan Union dan memperoleh kemerdekaan bahkan bagi membangunkan semula jati diri yang terhakis akibat penjajahan.

Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini

Di akhir-akhir era penjajahan apabila UMNO ditubuhkan, ia bukan ditubuhkan sekadar sebagai sebuah parti untuk melawan Malayan Union sahaja. UMNO adalah sebuah parti yang satu-satunya tidak menggunakan frasa ‘parti’ pada pangkal nama UMNO itu sendiri.

“Ini kerana ia menggambarkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, mewakili citra dan aspirasi orang Melayu yang mahu membangunkan kembali jati diri nan terhakis dek penjajah … yang berjaya meragut, mencairkan pemikiran, identiti Islam dan kemelayuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN



DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sebab itulah apabila kita bercakap tentang soal pembangunan Islam di Malaysia, kita tidak boleh bersifat ekstrem ataupun jumud dalam erti kata tidak mahu melihat rangka-rangka ilmu dan juga bersifat objektif dalam menilai soal pembangunan Islam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Islam Sebagai Teras Perjuangan Melayu’ sempena Multaqa Ilmuan Islam Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Ulama UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Selasa.

Jelasnya, UMNO memulakan proses pembangunan agama Islam dan bangsa Melayu dengan memastikan ekonomi diperkukuhkan.

“Tiada sesiapa boleh menafikan peranan UMNO dalam melakar dan mencorakkan Islam di tanah air kita. Bermula dengan perjuangan UMNO untuk memahatkan asas penting yang menjadi akar kepada pembangunan Islam dan rakyat di negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


“Bermula daripada 1957 sehingga 2018 iaitu sehingga UMNO tidak lagi berkuasa, tidak ada yang boleh menafikan bagaimana proses pembangunan agama Islam dan ummah berlaku secara berperingkat, bermula dengan memastikan orang Melayu mempunyai kekuatan dari segi ekonomi.

“Ketika itu jugalah idea-idea pengembangan institusi kewangan dan perbankan Islam. Kita patut berbangga kerana dalam sejarah tanah air dan dunia … Malaysia adalah pelopor dan negara pertama yang menubuhkan institusi kewangan Islam pada tahun 90-an sebelum Tabung Haji ditubuhkan,” katanya lagi.Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini

Mengulas lanjut, Dr Asyraf yang juga Pengerusi MARA menegaskan bahawa UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan ekstrem dalam mencorakkan Islam di Malaysia.

“UMNO tidak pernah mengambil pendekatan yang ekstrem. Kita juga tidak pernah memperlonggarkan agama. Ya, UMNO tidak sempurna tetapi inilah jasa dan perkembangan ummah, Islam serta Malaysia yang kita nikmati pada hari ini.

“Kita kena rasa berbangga kerana yang mencorakkan Islam di Malaysia adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jangan lupa juga jasa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memperkasakan Dasar Tahfiz Negara, memberikan peluang dan nafas baharu kepada 450,000 anak-anak kita yang berada di pusat-pusat tahfiz berdaftar mahupun tidak,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker