Demi kelab tempatan, terpaksa lupakan aksi di Eropah
Demi kelab tempatan, terpaksa lupakan aksi di Eropah

Kuala Lumpur: Demi sebuah kelab tempatan, impian dua pemain muda untuk beraksi di Eropah tidak kesampaian.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, tiga daripada dua pemain yang menjalani sesi ujian percubaan bersama kelab di Eropah itu disahkan oleh sumber amat berminat mengikat ubi muda negara itu.
Bagaimanapun, di atas beberapa isu teknikal khususnya perjanjian ‘senyap’ antara ibu bapa dan kelab tempatan itu, impian pemain terbabit untuk menggali pengalaman di pentas tertinggi terpaksa dilupakan.
“Ada dua pemain yang sepatutnya sertai kelab di Eropah selepas berjaya dalam sesi ujian sebelum ini.
“Tapi disebabkan perjanjian yang tidak diketahui pemain itu, tidak dapat main di Eropah. Pemain itu memang nak ke Eropah tapi terpaksa lupakan dan memang merugikan untuk mereka,” kata sumber.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik
- Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar
- MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
Untuk rekod, Luqman Hakim Shamsudin satu-satunya pemain terakhir Malaysia beraksi di Eropah selepas lima musim bersama KV Kortrijk di Liga Belgium.
Sebaik kontraknya tamat pada awal musim 2025 lalu, Luqman memilih beraksi di Liga Malaysia (Liga M) dengan menyertai pasukan Negeri Sembilan FC.
Kepulangan Luqman menjadikan satu ‘kehilangan’ besar, sekali gus mengakhiri satu era dan harapan untuk pemain tempatan di benua Eropah.
Demi kelab tempatan, terpaksa lupakan aksi di Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
You must be logged in to post a comment.