Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah institusi diraja Perlis

Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah institusi diraja Perlis

Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah institusi diraja Perlis
– Foto hiasan.

KANGAR: Polis menerima laporan berhubung satu hantaran dalam Facebook dipercayai mengandungi unsur fitnah dan tohmahan terhadap individu dalam kalangan institusi diraja negeri Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata laporan itu dibuat seorang lelaki yang juga kontraktor berusia 39 tahun semalam, selepas mendakwa melihat hantaran menerusi media sosial ketika berada di sebuah restoran di Arau pada 31 Disember lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Hasil rakaman percakapan mendapati lelaki itu sebelum ini tidak pernah melihat hantaran sedemikian, namun ada mendengar desas-desus berkaitan fitnah itu dan tidak mengendahkannya sehingga membaca sendiri hantaran berkenaan.

“Hantaran itu menuduh seseorang menjadi dalang dalam menjatuhkan mantan Menteri Besar, iaitu YB (Yang Berhomat) Mohd Shukri Ramli kerana mantan tidak bersetuju dengan nilai dalam perolehan projek sistem perpaipan negeri Perlis yang dikatakan ‘diminta’ oleh seseorang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Hasil semakan menerusi Sistem iPRS (Integrated Police Reporting System) mendapati dua laporan polis termasuk satu di Kangar dan telah diklasifikasikan dirujuk kepada laporan polis asal di Arau,” katanya.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook terbabit kini sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah institusi diraja Perlis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker