Harvard Ministerial Leadership Forum: Dapatan Akan Diterjemah, Perkukuh Ekosistem Pendidikan Tinggi

Harvard Ministerial Leadership Forum: Dapatan Akan Diterjemah, Perkukuh Ekosistem Pendidikan Tinggi

Harvard Ministerial Leadership Forum: Dapatan Akan Diterjemah, Perkukuh Ekosistem Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Segala dapatan dan wacana yang telah diperoleh sepanjang menghadiri Harvard Ministerial Leadership Forum akan diterjemah dalam konteks Malaysia khususnya untuk memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, forum yang dianjurkan itu merupakan inisiatif kepimpinan eksekutif anjuran Harvard yang direka khusus untuk menteri-menteri dan pemimpin kanan kerajaan.

“Baru-baru ini, saya dipilih untuk menghadiri Harvard Ministerial Leadership Forum di Harvard University, Amerika Syarikat. Forum berprestij ini merupakan inisiatif kepimpinan eksekutif anjuran Harvard yang direka khusus untuk menteri-menteri dan pemimpin kanan kerajaan, dengan tujuan memperkukuh keupayaan kepimpinan, tadbir urus serta pelaksanaan dasar dalam landskap global yang semakin mencabar dan kompleks.

“Forum ini dikendalikan sepenuhnya oleh Harvard Ministerial Leadership Program, dengan sokongan fakulti kanan dari Harvard Kennedy School, Harvard Business School dan Harvard T.H. Chan School of Public Health.

“Ia bukan sekadar platform wacana akademik, tetapi sebuah pengalaman kepimpinan yang intensif dan mendalam, menekankan delivery mindset, penjelasan visi, keberanian membuat keputusan sukar, serta keupayaan menterjemah dasar awam kepada hasil nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor



Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, forum tersebut telah menghimpunkan pemimpin kanan dari pelbagai benua, termasuk bekas Presiden dan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan, serta pemimpin badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Antara tokoh berpengalaman yang terlibat sebagai fasilitator dan panelis sama ada dalam edisi kali ini mahupun edisi terdahulu termasuk bekas Presiden Tanzania, bekas Perdana Menteri Mozambique, bekas Menteri Kewangan Indonesia, bekas Menteri Pendidikan Ghana, serta tokoh reformis dasar dari Afrika, Asia dan Amerika Latin.

“Turut berperanan sebagai salah seorang mentor dalam program ini ialah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Idris Jala. Undangan untuk menyertai forum ini mencerminkan keyakinan dan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap keupayaan kepimpinan Malaysia di peringkat global.

“Sepanjang empat hari penyertaan, pelbagai perspektif dan pembelajaran baharu diperoleh. Kesemua dapatan dan wacana ini insya-Allah akan diterjemahkan dalam konteks Malaysia khususnya bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi, pembangunan modal insan dan tadbir urus berimpak tinggi, demi masa depan negara yang lebih mampan dan berdaya saing,” katanya lagi. – UMNO Online

Harvard Ministerial Leadership Forum: Dapatan Akan Diterjemah, Perkukuh Ekosistem Pendidikan Tinggi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker