Malaysia tangga ketiga Kejuaraan Futsal ASEAN B-19

Malaysia tangga ketiga Kejuaraan Futsal ASEAN B-19

Malaysia tangga ketiga Kejuaraan Futsal ASEAN B-19
SKUAD futsal negara meraikan kemenangan ke atas Vietnam, hari ini. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad futsal remaja lelaki negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila menamatkan Kejuaraan Futsal ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2025 di Bangkok, Thailand di tangga ketiga selepas menewaskan Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti 4-3, hari ini.

Perlawanan penentuan tempat ketiga berlangsung sengit apabila pemenang terpaksa ditentukan melalui penalti selepas kedudukan terikat 2-2 dalam masa sebenar. Skuad negara bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menukar skrip perlawanan.

Vietnam terlebih dahulu mendahului 1-0 hasil jaringan Nguyen Truong Hoang Long pada minit kelima separuh masa pertama sebelum Malaysia yang dibimbing Rakphol Sainetngam bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyudah Iqbal Hazim Radzi pada minit ke-39.

Drama tercipta di penghujung perlawanan apabila Nguyen Thac Hieu meledak gol kedua Vietnam pada minit ke-40, namun Malaysia sekali lagi mengikat kedudukan hasil penyudah Aidil Zakwan selang beberapa saat kemudian.

Sebagai rekod, Kejuaraan Futsal ASEAN B-19 julung kali dianjurkan bersama pertandingan peringkat umur Bawah 16 Tahun (B-16).

Malaysia tangga ketiga Kejuaraan Futsal ASEAN B-19

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker