Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026

NILAI, 24 Dis – Kerajaan Negeri Sembilan membuktikan komitmen serius dalam memperkasakan agenda belia dan sukan melalui peruntukan besar berjumlah RM9.7 juta bagi persediaan mendepani tahun 2026.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mustapha Nagoor memperincikan peruntukan tersebut merangkumi RM3.7 juta bagi pengurusan belia, RM5 juta khusus untuk persediaan atlet ke temasya SUKMA 2026, serta RM1 juta bagi naik taraf infrastruktur sukan.
“Kerajaan negeri komited memastikan tiada atlet yang tercicir daripada menerima pengiktirafan. Setiap kejayaan yang mengharumkan nama Negeri Sembilan akan diberi penghargaan sewajarnya,” tegas beliau semasa Majlis Malam Apresiasi Belia dan Sukan Negeri Sembilan 2025 di Dataran Nilai, semalam.
Menyingkap pencapaian sepanjang 2025, pelbagai inisiatif impak tinggi telah digerakkan termasuk Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0 (NS7WC 2.0) yang menggabungkan elemen sukan dan pelancongan di tujuh daerah.
Program lain seperti Family Neon Walk dan Madani Youth Leadership Camp (MYLead) turut berjaya mencungkil bakat akar umbi serta melahirkan barisan pemimpin belia berwibawa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Pada majlis yang sama, kerajaan negeri turut menghargai penglibatan rakan strategik dan penaja seperti Matrix Concepts serta media rasmi yang menjadi tulang belakang kejayaan agenda sukan negeri.
Majlis turut menyaksikan penganugerahan Ikon Sukan Kategori Awam sebagai galakan kepada masyarakat untuk terus membudayakan gaya hidup sihat tanpa mengira had usia. – UMNO ONLINE
Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.